Rabu, 22 Disember 2010

Hello sahabat :)


Owner blog Nurul menulis itu ini.

Hello sahabat :)

Dah lama sebenarnya niat aku nak buat satu lagi kumpulan untuk blog aku nie tapi asyik tertangguh-tangguh je. maklumlah aku kan busy sepanjang masa. eh busy ke? haha :D

dulu aku berblogging sebab aku minat menulis dan aku suka membaca. apa-apa bahan bacaan pun aku bantai baca. disebabkan minat sangat menulis aku ada buat beberapa skrip ala-ala skrip drama dari zaman aku sekolah lagi. dan disebabkan aku suka sangat membaca, aku suka mengumpul novel, hikayat lama dan segala bahan bacaan.

rasanya aku ada lebih kurang 200 lebih buah novel, beberapa hikayat lama dan segala bahan bacaan yang lain. sampaikan hantaran tunang dan kahwin pun saiful bagi novel. korang bayangkan lah betapa aku suka sangat membaca. macam kelakar je bunyinya kan?

sejak akhir-akhir nie aku suka blog walking. aku suka membaca apa-apa pun entri. dan aku lihat makin bertambah orang yang sudi komen entri aku. yang kadang-kadang aku tak kenal lagi siapakah bloggers tersebut. so jika aku ada masa terluang aku akan jenguk dan komen semula kepada mereka yang datang ke blog cap ayam aku tu.

so tujuan aku buat satu lagi kumpulan ni adalah supaya dapatlah aku merapatkan lagi ukhuwah sesama bloggers di luar sana.

jika sudi sila tinggalkan link korang supaya mudah untuk aku menjenguk blog korang. harap-harap korang sudilah ye. tinggalkan saja URL korang kat bahagian komen. aku pasti akan jenguk blog korang sebab aku suka membaca :)

ok
salam ukhuwah dari aku Nurul Jamian :)